Sunday, 18 March 2012

Fesyen Wanita Menurut Pandangan Islam


"Dan hendaklah kamu tetap dirumahmu dan janganlah kamu berhias serta bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah terdahulu…” (al-Ahzaab: 33)

Berdasarkan ayat 33 dari surah al-Ahzaab, Imam Mujahid berkata, “Suatu ketika dahulu, golongan wanita berjalan di hadapan lelaki (tanpa segan silu). Inilah yang dimaksudkan dengan tabarruj jahiliyah.”

Imam Qatada pula erkata, “Suatu
ketika dahulu, kaum wanita berjalan di hadapan lelaki dengan gaya yang menghairahkan. Inilah yang dimaksudkan dengan tabarruj jahiliyah yang terdahulu”. Imam Muqatil Hayyan pula berkata: “Tabarruj berlaku apabila kaum wanita menutup kepala mereka dengan kain tudung tetapi masih mendedahkan leher, rantai dan subang
mereka”.

Ayat ini tidak bermaksud mengongkong pergerakan wanita Islam. ia juga tidak bermaksud, tempat bagi kaum wanita hanyalah di dalam rumahnya sahaja kerana Nabi SAW pernah
mendoakan supaya Ummu Haram dapat keluar berperang di lautan bersama-sama dengan tentera-tentera Islam yang lain. Tambahan daripada itu, Khalifah Omar al-Khattab pernah melantik seorang wanita yang berhama Ummu as-Syifa binti Abdullah menjadi penyelia di pasar Madinah. Islam
mengizinkan wanitanya keluar rumah bagi suatu keperluan yang baik, seperti mencari ilmu sama ada fardu ain atau fardu kifayah, menziarahi ibu bapa serta mencari rezeki yang halal demi memenuhi keperluan hidup, dengan batas-batas
yang ditetapkan. Ayat ini sebenarnya bertujuan memuliakan kaum wanita dan menyuruh mereka supaya sentiasa menjaga kemuliaan itu di samping memelihara sebarang kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka, seperti
kecantikan. Wanita sebenarnya mempunyai peranan yang besar di penjurunya sebagaimana kaum lelaki.

Allah berfirman:
“Orang-orang yang beriman, lelaki dan wanita, sebahagian mereka adalah penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh kepada yang makruf, mencegah kemungkaran, mendirikan solat, menunaikan zakat serta mentaati Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana.” (Surah at-Taubah ayat 71).

Menutup aurat bukannya lambang penindasan bagi wanita sebaliknya lambang ketinggian harga diri yang tidak dipentingkan oleh wanita jahiliyah. Islam adalah agama yang menekankan akhlak dan adab dalam semua perkara termasuk dalam aspek pemakaian. Umat Islam, lelaki dan perempuan, yang sudah baligh wajib menutup aurat mengikut
batas yang ditetapkan agama. Berhubung dengan wanita Islam, antara ayat yang menjelaskan batas-batas auratnya ialah firman Allah dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud;

“Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka memelihara pandangan mereka dan kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan
kecuali yang biasa ternampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain kudung sehingga labuh ke dada-da mereka dan jangan menampakkan perhiasan kecuali kepada suami mereka, ayah mereka, ayah suami mereka, putera-putera mereka, putera-putera suami mereka,
saudara-saudara lelaki mereka, putera-putera saudara lelaki mereka, putera-putera saudara perempuan mereka, wanita-wanita mereka, budak-budak yang mereka miliki, pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti berkenaan
aurat wanita.”

Seperti yang sudah disebutkan, ketika ayat ini diturunkan, kaum wanita membudayakan sejenis pakaian tudung yang menutupi bahagian kepala tetapi masih mendedahkan leher, telinga dan bahagian atas dada mereka. Kerana itu, ayat ini
diturunkan supaya kaum wanita memakai tudung kepala yang dilabuhkan sehingga menutupi bahagian-bahagian itu. Hal ini disebutkan oleh Imam Qartubi dalam al-Jamik Li Ahkamil Quran. Walau bagaimanapun ketika berpakaian, mereka boleh mendedahkan (perhiasan) yang biasa
temampak daripadanya’. Abdullah ibn Abbas mentafsirkannya sebagai ‘muka dan dua tapak tangan’.

Abdullah ibn Omar mentafsirkannya sebagài ‘muka dan dua tangan (pergelangan tangan hingga ke tapak tangan)’. Lebih daripada itu, perhiasan yang terdapat di bahagian muka dan
dua tangan seperti cincin, celak, inai dan seumpamanya, boleh didedahkan ketika berdepan dengan yang bukan muhrim. Kesemua pendapat ini disebutkan oleh as-Syeikh Said Hawa dalam al-A sas fit Tafsir Selain daripada itu, pandangan yang masyhur daripada mazhab Imam Abu
Hanifah adalah memasukkan tapak kaki ke bahagian yang boleh didedahkan dan pandangan ini dipandang baik lagi munasabah as-Syeikh Said Hawa kerana ia sama dan boleh dikiaskan dengan tapak tangan.

Islam tidak menghalang wanita-wanitanya berpakaian mengilkut fesyen dan suasana asalkan ia menutup aurat seperti yang sudah dijelaskan, di samping tidak menjolok mata. Hamka dalam Tafsir al-A zhar berkata; “Tidaklah semua pakaian Barat itu ditolak oleh Islam dan tidak pula seluruh pakaian tempatan dapat diterima. Kebaya Jawa
yang menampakkan sebahagian dada tanpa selendang adalah termasuk pakaian yang dilarang mengikut pandangan Islam.”

Beberapa golongan di Barat mula mengagumi ajaran Islam berhubung dengan wanitanya. Sebagai contoh, lah. Stevenson menulis dalam Toronto Star bertarikh 23 Januari, 2002 berhubung dengan etika pemakaian wanita Islam. Beliau berkata; “Ketika saya dan rakan-rakan sedang
makan malam di sebuah restoran, kami duduk bersebelahan dengan tiga orang wanita muda. Tiba-tiba masuklah dua orang wanita Islam dengan pakaian yang konservatif dan duduk bersebelahan dengan mereka. Kami dapat mendengar ketiga-tiga wanita tadi berbisik-bisik sesama sendiri berhubung kedua-dua wanita Islam itu: “Mengapa
mereka berpakaian seperti itu...? Saya bersimpati dengan mereka !“ Ketiga-tiga wanita (Barat) itu akhirnya membayar bil dan terus beredar. Mereka memakai seluar yang ketat, skirt yang singkat, kasut bertumit tinggi, gincu yang tebal dan
bahagian dada mereka didedahkan secara yang mengghairahkan. Kami alihkan pandangan kami kepada kedua-dua wanita Islam tadi.

Tudung mereka yang hitam menzahirkan peribadi mereka yang bersopan santun. Gaya mereka nampak asli. Pakaian mereka walaupun konservatif, menampakkan sifat kewanitaan yang indah. Berpakaian secara sopan menakutkan wanita Barat. Kenapa? Adakah kerana mereka tidak mahu kehilangan hak menunjuk-nunjuk ? Selepas kami berbincang berkenaan isu ini kami dapati wanita-wanita Islam berjaya membebaskan din mereka daripada perangkap fesyen tanpa perlu menunjuk-nunjuk, bersaing, berbelanja lebih dan berdiet bagi menarik perhatian kaum lelaki atau wanita. Kami dapati kedua-dua wanita Islam itu lebih menarik dibandingkan dengan ketiga-tiga wanita Barat tadi. Penonjolan seks dalam
masyarakat kita menjadi suatu budaya arus perdana sehingga kita menganggap adab dan sopan santun suatu kemunduran. Dalam konteks jangka panjang, apabila kaum lelaki melihat secara lebih jauh, mereka akan mendapati bukan keyakinan diri sebaliknya perasaan terdesak
mendapat perhatian (yang menyebabkan wanita-wanita Barat begitu ghairah dengan fesyen).

Wanita yang mementingkan adab dan kesopanan tidak akan terperangkap dengan suasana yang memperdayakan ini. Mereka berbangga dengan apa yang mereka miliki.... Ingatlah ini apabila anda bersimpati dengan wanita-wanita Islam”.

Apabila pandangan ini kita fahami, kita akan sedar betapa Islam mengangkat martabat wanitanya ke tahap yang tinggi. Wanita ada peranannya, demikian juga kaum lelaki. Setiap penjuru ada kemuliaannya. Rumah tangga adalah suatu
institusi dan industri penting bagi mereka yang faham dan prihatin. Rumah orang-orang Islam dahulu melahirkan tokoh-tokoh yang berjaya membina empayar Islam yang gilang-gemilang. Apabila peranan di rumah diabaikan, anak-anak
akan hidup terbiar dan daripada situ lahirlah gejala-gejala yang negatif dalam masyarakat. Sebagai contoh, kita di Malaysia sedang diserang dengan pelbagai budaya termasuk budaya melepak di kalangan anak-anak kita. Pasar raya, tepi jalan, kasino dan panggung-panggung wayang sudah
menjadi ‘rumah’ mereka yang baru.

Mereka tidak lagi menghargai rumah mereka yang sebenarnya kerana terdapat kekosongan di sana. Berita 16 Jun, 1996 melaporkan berkenaan ‘Geng Remaja’ yang berjaya ditumpaskan oleh Polis Pulau Pinang. Mereka adalah sekumpulan pelajar yang disyaki terbabit dengan kes samun di Pulau Pinang dan umur mereka adalah dalam lingkungan
13-24 tahun. Yang lebih menggemparkan ialah berita yang dipaparkan pada 8 Jun, 1996. Ia menyebutkan mengenai seorang gadis remaja bohsia, yang dipercayai masih menuntut di Pulau Pinang, memiliki wang simpanan berjumlah RM100,000, hasil daripada aktiviti bohsianya.
Perkara ini terbongkar apabila gadis ini ingin membeli sebuah kereta mewah untuk dihadiahkan kepada teman lelakinya. Selepas kejadian-kejadian ini, banyak pihak menyuarakan pendapat yang mengaitkan semua kejadian ini dengan keruntuhan institusi rumah tangga. Justeru itu,
sesiapapun tidak boleh memperkecilkan peranan yang dimainkan oleh institusi rumah tangga dalam usaha membina umat yang bertamadun. Dengan statistik ini, kita akan Iebih memahami rahsia firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud, “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah terdahulu...”

Perubahan sikap serta peranan wanita pada hari ini memberikan kesan negatif kepada masyarakat. Wanita moden didapati lebih cenderung melakukan jenayah dan keganasan berbanding zaman sebelum mi, mengikut satu kajian yang dilakukan oleh pihak Federal Bureau of
Investigation (FBI) di Amerika. Mengikut akhbar Daily Telegraph, London, bertanikh 16 September 1971, ramai pakar berpendapat peningkatan kes jenayah di kalangan kaum wanita mi disebabkan oleh penagihan dadah dan peranan wanita yang semakin berubah pada han ini.

Tabarruj jahiliyah sudah sampai ke tahap yang membimbangkan pada hari ini. Pergaulan dan aktiviti seks bebas menjadi suatu industri besar yang mencengkam masyarakat yang dikatakan maju pada hari ini. Laporan oleh Inter Press Service bertarikh 19 Ogos, 1998 menunjukkan, 2-
4% daripada kemasukan kasar negara-negara di Asia Tenggara adalah dariipada industri seks, mengikut kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Berdasarkan kajian ini industri pelacuran di Thailand dianggarkan mendatangkan kemasukan sebanyak $22.5-$27
bilion dan tahun 1993-1995, dan di Indonesia jumlahnya dianggarkan $1.2-$3.3 bilion setahun. Mengikut satu anggaran yang dilaporkan dalam Global Child Health News bertarikh 4 Julai 1995, lebih kurang 10% daripada wanita di Thailand terlibat di dalam industri ini. Di Amerika pula, USA
Today bertarikh 20 Ogos, 1997 melaporkan, rakyat Amerika membelanjakan wang sebanyak $8-$12 bilion untuk membeli dan melanggan bahan-bahan lucah.

Industri seks tidak hanya melibatkan mereka yang sudah dewasa, kanak-kanak juga turut terheret ke dalamnya. Di Asia, Jepun mempunyai rekod yang buruk berhubung isu ini. The Washington Post bertarikh 11 Februari, 2000 melaporkan 80% daripada bahan-bahan lucah yang melibatkan kanak-kanak (child pornography) datang dan
Jepun. Kuasa besar Amerika juga tidak terkecuali daripada masalah in BBC News bertarikh 10 September, 2000 melaporkan, hasil daripada satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Pennsylvania menunjukkan, terdapat lebih kurang 400,000 remaja bawah umur di Amerika yang bekerja
sebagai pelacur dan pelayan-pelayan seks pada hari. Teknologi moden digunakan sepenuhnya bagi mengembangkan industri ini. Di Amerika, mengikut Adult Chamber of Commerce, kemasukan daripada industri seks melalui internet sahaja berjumlah $6 bilion. Dalam USA Today
bertarikh 20 Ogos 1997 dilaporkan, CyberErotica, salah satu laman web lucah yang popular di internet, mengandungi lebih daripada 10,000 gambar-gambar lucah dengan 1,000 gambar-gambar baru ditambah setiap minggu dan keahliannya berjumlah 50,000 orang. Setiap hari lebih kurang 250,000 orang menziarahi laman web ini dan pemiliknya memperoleh $800,000 sebulan hasil daripada perniagaan ini.

Tabarruj jahiliah yang melahirkan aktiviti seks bebas ini mempunyai padahnya. Ia menjadi salah satu sebab utama penyakit AIDS berkembang sehingga menjadi wabak yang tidak dapat dikawal lagi pada hari in. Penyakit AIDS menjadi
pembunuh keempat terbesar di dunia dewasa ini dan pada akhir tahun 2002, 42 juta manusia di seluruh dunia diiangkiti penyakit ini dan satu pertiga daripada mereka berumur dalam lingkungan 15-24 tahun. Kesannya ke atas sistem
ekonomi, sosial dan kekeluargaan tidak terkira besarnya. Seks bebas ada mukadimah atau rangsangannya dan antara mukadirnah itu ialah tabarruj (iaitu menghiaskan din dan mendedahkan tubuh secara yang menggiurkan), pergaulan bebas serta sikap ego kaum lelaki. Justeru itu, Islam
menyuruh kaum wanita memelihara dirinya daripada kecantikan yang memperdayakan dan mengarahkan kaum lelaki supaya tidak melihat kaum wanita sebagai simbol seks. Allah SWT berfirman:
“Katakanlah kepada kaum lelaki daripada golongan yang beriman, hendaklah mereka mengawal penglihatan mereka dan menjaga kehormatan kemaluan mereka.” (Surah an-Nur ayat 30).

LAMPIRAN:
“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui apa yang mereka lakukan.” (an-Nuur: 30)

“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.” (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

“Hai Nabi, katakanlah kepada intei-isterimu, anak-anakmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya (tudung kepala yang labuh menutupi dada) ke tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal dan tidak diganggu. Dan
ALLAH adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” (al-Ahzaab: 59)

Aishah lah.a. berkata, “Nabi tidak pernah menyentuh
tangan-tangan wanita ketika berbaiah. Sesungguhnya berbaiah dengan wanita-wanita Islam berlaku dengan cara percakapan.” (Riwayat Bukhari)

Jarir lah.a. berkata, “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah berkenaan hukum melihat aurat wanita secara tidak sengaja, maka Rasulullah menyuruh saya mengalih pandangan saya ke arah lain.” (Riwayat Muslim)

“Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka memelihara pandangan mereka dan kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan
kecuali yang biasa ternampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain kudung sehingga labuh ke dada-dada mereka dan jangan menampakkan perhiasan kecuali kepada suami mereka, ayah mereka, ayah suami mereka, putera-putera mereka, putera-putera suami mereka,
saudara-saudara lelaki mereka, putera-putera saudara lelaki mereka, putera-putera saudara perempuan mereka, wanita-wanita mereka, budak-budak yang mereka miliki, pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti berkenaan
aurat wanita.”

Berdasarkan ayat 31, surah an-Nuur, Abdullah ibn Abbas, Ibn Omar, Atha, Ikramah dan lain-lainnya berpendapat: “Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahrimnya.” (As-Syeikh said Hawa di dalam kitabnya Al-Asas fit Tafsir)

Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." (Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

“Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan
Hibban)

“Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan
Bukhari)

“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim)

“Semua anak Adam (manusia) itu sering membuat kesalahan (dosa) dan sebaik-baik manusia yang membuat kesalahan (dosa) itu ialah orang-orang yang suka bertaubat." (Riwayat Al-Tirmizi)

BERUSAHALAH, BERDOA DAN BERTAWAKAL


Memohon doa kepada Allah swt dengan penuh khusyuk, mengharapkan kebaikan dunia dan kebaikan akhirat sedang sepanjang hayatnya apa yang dipohon dengan apa yang dilakukan adalah bertentangan…Apakah ini yang dinamakan tawakal?

Berdasarkan sebuah buku, “Penawar Bagi Hati”, karya Abdul Aziz Ismail, keluaran Pustaka Azhar:: iaitu sebuah peristiwa yang terjadi di zaman Khalifah Umar al-Khatab.
Rombongan sahabat yang menuju ke Syria mendengar berita tentang wabak taun yang merebak di sana. Dalam rombongan itu timbul dua pendapat. Sebahagiannya ingin meneruskan perjalanan dan sebahagian lagi ingin pulang. Khalifah Umar memutuskan pulang. Tetapi timbul pertanyaan yang menentang. “Apakah anda melarikan diri dari takdir Allah?” Umar menjawab, “Ya, lari dari takdir Tuhan kepada takdir Tuhan juga.” Diberikan perbandingan jika mempunyai pilihan dimana tersedia dua lapangan, yang satu kering dan yang lainnya subur,tentu sahaja lebih baik memilih lapangan yang subur. Hal ini menunjukkan bhwa ikhtiar menghindari penyakit perlu dilakukan dan bertawakal kpd ALLAH swt.

Pendapat Khalifah Umar diperkuatkn dengan sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Apabila kamu mendengar penyakit berjangkit di suatu negeri, maka janganlah kamu pergi ke tempat itu. Dan kalau kamu sedang berada dalam negeri itu, maka janganlah kamu keluar dari negeri itu, kerana hendak melarikan diri.”  (hadis riwayat Bukhari)

Dlm hubungan ini, Rasulullah saw ada mengajar sebuah doa yang berbunyi:
“Ya Allah, aku menyerahkan diri kepada-Mu dan aku menyerahkan urusanku kepeda-Mu dan aku menyerahkan kekuatanku kepada-Mu kerana takut dan cinta pada-Mu. Tidak ada tempat berlindung , tidak ada tempat untuk lari daripada-Mu melainkan kepada-Mu. Aku percaya kepada kitab yang Engkau turunkan kapada Nabi yang Engkau utuskan.”  (hadis riwayat Bukhari)

Allah s.w.t berfirman:-

“Siapa yang bertawakal kepada Allah, maka Dia yang pencukupkannya” [65:3]

“Dan bertawakallah kepada Allah. Cukuplah Allah sebagai pelindung” [04:81]

“Sesungguhnya Allah itu menyintai orang-orang yang bertawakal” [03:159]

“Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia jadikan baginya jalan keluar (dari kesulitan) dan akan diberikan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka kerana barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Dia menjadi pencukupnya. Sesungguhnya Allah itu lurus urusannya dan sesungguhnya Allah itu telah ada ketentuan bagi tiap2 sesuatu” [65:2-3]

Oleh itu, marilah kita sentiasa bertawakal dalam apa saja perkara, mahupun yang remeh. Tetapi perlulah kita berusaha terlebih dahulu sebelum kita bertawakal kepada Allah…

“Telah datang kepada Rasulullah s.a.w seorang lelaki yang hendak meninggalkan unta yang ditungganginya terlepas begitu sahaja di pintu masjid, tanpa ditambat terlebih dahulu. Dia bertanya, “Ya Rasulullah, apakah unta perlu saya tambat terlebih dahulu kemudian saya tawakal atau saya lepaskan saja begitu dan sesudah itu saya bertawakal?” Rasulullah menjawab, ” Tambatkan terlebih dahulu dan kemudian bertawalallah kamu!”  (hadis riwayat At-Tirmidzi)

Tawakal satu ibadah hati paling utama dan akhlak iman paling agung



HIDUP tidak sunyi daripada berdepan masalah. Yang membezakannya hanya jenis masalah itu tidak sama antara seorang dengan seorang. Seseorang itu mungkin berdepan masalah besar menentukan hidup atau mati perniagaannya pada masa depan, manakala yang lain hanya sekadar mendapatkan rumah untuk dibeli.

Apa juga keadaan, mereka perlu mencari jalan menyelesaikannya. Masalah tidak akan selesai jika hanya berdiam diri berpeluk tubuh. Kejayaan atau kegagalan bergantung sejauh mana usaha dilakukan.

Selepas puas berusaha keras dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menyelesaikan masalah, mereka boleh berserah kepada Allah iaitu bertawakal kepada Allah.

Tawakal satu ibadah hati paling utama dan akhlak iman paling agung. Seorang ulama menyatakan tawakal ialah percaya kepada Allah dan hanya kepada Dialah kita mengharapkan segala sesuatu, bukan kepada siapa pun.


Imam al-Ghazali menyatakan tawakal satu manzilah (keberadaan) bagi orang beriman, bahkan tawakal darjat muqarrabin atau orang yang dekat dengan Allah.

Ali al Qari pula menyebut tawakal adalah mengetahui dan yakin tidak ada yang mampu berbuat dalam alam ini kecuali atas kehendak Allah.

Abu Ali Ad-Daqqaq berkata, tawakal itu ada tiga tingkatan. Tawakal itu sendiri, kata Abu Ali Ad-Daqqaq: “Berserah diri, kemudian pasrah. Orang bertawakal berasa tenang kerana ada janji daripada Allah, orang berserah diri cukup dengan pengetahuan mengenai Allah dan orang pasrah reda terhadap hikmah Allah. Tawakal adalah permulaan, berserah diri adalah pertengahan dan pasrah adalah penghabisan.”

Kata Abu Ali Ad-Daqqaq lagi: “Tawakal sifat orang mukmin, berserah diri adalah sifat wali dan pasrah adalah sifat muwahhidin. Tawakal sifat orang awam, berserah diri sifat orang khusus dan pasrah sifat orang lebih khusus lagi. Tawakal ialah sifat nabi, berserah diri ialah sifat Ibrahim dan pasrah sifat Nabi Muhammad.”

Orang yang tawakal selalu menggantungkan diri dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Mereka sentiasa berlapang dada dan tidak resah bila dibelit masalah. Mereka tidak cepat berputus asa, sebaliknya sentiasa yakin dan percaya kepada kemampuan diri sendiri. Mereka hanya berserah (tawakal) kepada Allah selepas segala usaha dan ikhtiar dilakukan.

Mereka bertawakal kepada Allah kerana mereka mempunyai perasaan kuat Allah Yang Maha Pemberi segala-galanya. Allah memberi rezeki, memberi kejayaan, memberi kepandaian, memberi kesenangan, memberi keselamatan dan semuanya datang daripada Allah. Kita hanya berusaha mencari dan mendapatkannya.

Dalam al-Quran Allah berfirman bermaksud: “Dan percayalah (tawakallah) dirimu kepada Allah, jika kamu betul-betul beriman.” (Surah al-Maidah ayat 23).

Allah sangat mencintai hamba-Nya yang bertawakal. Dan Allah akan memberikan jalan keluar serta akan memberikan rezeki yang datang tanpa disangkanya. Dengan kata lain, mereka (orang tawakal) tanpa gusar yakin terhadap ketentuan dan kekuasaan Allah hingga menyerahkan segenap permasalahan kepada-Nya semata.


Allah berfirman bermaksud: “Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” (Surah Ath Thalaq ayat 3).

Dalam bukunya Para Kekasih Allah, Abdillah F Hasan berkata dalam al-Quran tidak kurang dari 40 ayat membahas masalah tawakal, baik dalam bentuk perintah mahupun keutamaan bagi hamba mampu melaksanakannya.

Yusuf al Qaadhawi dalam kitabnya Ath Thariq Ilalah, At Tawakal mengungkapkan mengenai keistimewaan disandang hamba Allah bertawakal kepada-Nya, iaitu timbul ketenteraman jiwa, kekuatan jiwa (kekuatan spiritual), kewibawaan, keredaan dan percaya diri.

Orang beriman yakin akan pertolongan Allah. Allah tidak akan membiarkan orang berjuang di jalan-Nya. Allah tetap menolong mereka, cuma cepat atau lambat saja.

Orang yang mantap dan teguh imannya tidak ragu-ragu dengan janji Allah ini. Mereka penuh yakin Allah tidak mengingkari janji kerana mereka tahu dan ingat keagungan Allah, kesempurnaan ilmu-Nya dan kudrat-Nya. Allah ingat kepada hamba-Nya yang tidak pernah lupa mengingati-Nya di mana-mana.

Firman Allah dalam al-Quran bermaksud: “Dan Kami selalu berkewajipan menolong orang-orang yang beriman.” (Surah Ar-Rum ayat 47)

DENGKI MEMUSNAHKAN DIRI SENDIRI


 
Ada seorang lelaki yang setiap hari mengunjungi raja. Setelah bertemu raja, ia selalu berkata, "Orang yang berbuat baik akan mendapat balasan, dan orang yang berbuat buruk, cukup keburukan itu sebagai balasannya."

Ada seseorang yang dengki melihat keakraban lelaki itu dengan raja. "Lelaki itu memiliki kedudukan yang dekat dengan raja, setiap hari ia bertemu raja," pikir si pendengki dengan perasaan kurang senang. Si pendengki kemudian menemui raja dan berkata, "Lelaki yang setiap hari menemuimu, jika keluar dari sini selalu berbicara buruk tentang kamu. Ia juga berkata bahwa bau mulutmu busuk." Raja terdiam.

Sekeluarnya dari kerajaan, pendengki duduk di tepi jalan yang biasa dilalui oleh lelaki yang akrab dengan raja. Ketika si lelaki itu lewat dalam perjalanannya menemui raja. Ia menghadangnya, "Kemarilah, singgahlah ke rumahku."

Setelah temannya singgah ke rumahnya, si pendengki menawarkan bawang merah dan putih, dan memaksanya agar ia memakannya. Karena dipaksa, ia akhirnya mau juga memakannya untuk melegakan hati orang itu. Bau bawang merah dan putih itu tentu tidak mudah hilang.

Selesai berkunjung ke tempat si pendengki, lelaki itu sebagaimana biasa mengunjungi raja. Sewaktu berjabatan tangan dengan raja, ia menutup mulutnya agar raja tidak mencium bau mulutnya.
"Rupanya benar perkataan orang itu, ia benar-benar menganggap mulutku bau," pikir raja. Sang raja kemudian memikirkan suatu rencana jahat.
Lelaki itu kemudian duduk dan berkata sebagaimana biasa, "Orang yang berbuat baik akan mendapat balasan, dan orang yang berbuat buruk, cukup keburukan itu sebagai balasannya."

Setelah merasa waktu berkunjungnya sudah cukup, ia kemudian pamit kepada raja. Raja berkata, "Bawalah surat ini dan serahkanlah kepada fulan." Surat itu berisi, "Jika sampai kepadamu pembawa surat ini, maka sembelih dan kulitilah dia, kemudian isilah tubuhnya dengan jerami."

Lelaki tadi keluar membawa surat raja. Di tengah jalan ia dihadang oleh si pendengki.
"Apa yang kamu bawa?" tanyanya.
"Surat raja untuk fulan. Surat ini beliau tulis dengan tangannya sendiri. Biasanya beliau tidak pernah menulis surat sendiri, kecuali dalam urusan pembagian hadiah.".

"Berikanlah surat itu kepadaku, aku ini sedang butuh uang," pintanya. Ia kemudian menceritakan kesulitan hidupnya. Karena kasihan, surat itu kemudian ia serahkan kepada si pendengki.
Si Pendengki menerimanya dengan senang hati. Setelah sampai di tempat tujuan, ia menyerahkan surat itu kepada teman raja.
"Masuklah ke sini, raja menyuruhku membunuhmu," kata teman raja.
"Yang dimaksud bukan aku, coba tunggulah sebentar biar kujelaskan," katanya ketakutan.
"Perintah raja tak bisa ditunda," kata teman raja.

Ia lalu membunuh, menguliti dan mengisi tubuh si pendengki dengan jerami.

Keesokan harinya, lelaki itu datang sebagaimana biasa dan berkata, "Orang yang berbuat baik akan mendapat balasan, dan orang yang berbuat buruk, cukup keburukan itu sebagai balasannya." Raja heran melihatnya masih hidup. Setelah diselidiki, terbongkarlah keburukan si pendengki.

"Tidak ada sesuatu yang terjadi antara aku dengannya, hanya saja kemarin ia mengundangku kerumahnya dan memaksaku makan bawang merah dan putih. Waktu aku menemuimu kututup mulutku agar kamu tidak mencium bau tidak sedap dari mulutku. Sekeluarnya dari sini, ia menemuiku dan menanyakan titipanmu," lelaki itu kemudian menceritakan semua yang terjadi.

Mendengar jalannya cerita, tahulah raja bahwa orang itu ternyata dengki kepada sahabatnya. "Benar ucapanmu, orang yang berbuat baik akan mendapat balasan, dan orang yang berbuat buruk, cukup keburukan itu sebagai balasannya."

Kedengkian di hati orang itu telah membunuh dirinya sendiri. Dengki itu merusak amal Dengki memakan kebaikan seperti api memusnahkan kayu bakar. (HR Ibnu Majah) Kedengkian seseorang hanya akan berakibat buruk bagi orang itu sendiri.