Wednesday, 21 August 2013

INDIVIDU TERKENAL DUNIA YANG MEMELUK ISLAM

Berikut ialah senarai antara individu terkenal dunia yang memeluk agama islam.
1. Muhammad Ali – Legenda tinju duniaMuhammad Ali dilahirkan di Louisville Kentucky, AS pada 17 Januari 1942. Nama Kristian beliau ialah Casscius Marcellus Clay dan beliau menukar namanya kepada Muhammad Ali selepas menyertai Nation of Islam yang pernah mendakwa Malcolm X sebagai Nabi di Amerika. Ali kemudian mengubah pendiriannya dan menjadi seorang Ahli Sunnah Wal Jamaah. Baginya, Islam adalah agama yang benar, namun isu beliau memeluk Islam menjadi kontroversi apabila penganjur pertandingan tinju masih menyebut namanya sebagai Casscius Clay. Ali enggan masuk ke gelanggang sehingga beliau dipanggil dengan nama Muhammad Ali.Ketika berusia 18 tahun, beliau beraksi di Sukan Olimpik Rom pada 1960 untuk bertarung bagi kelas light heavyweight. Ali menjadi peninju profesional dan pada tahun 1964, dia menumpaskan Sonny Liston bagi memenangi kejuaraan kelas heavyweight dunia. Dia mempertahankan kejuaraannya sebanyak sembilan kali dalam tempoh empat tahun. Selepas menolak untuk menyertai pasukan tentera AS ke perang Vietnam, gelarannya telah dilucutkan dan tidak bertarung di gelanggang selama tiga setengah tahun. Ali merampas semula gelarannya pada tahun 1974 dengan menumpaskan George Foreman. Dia mempertahankan kejuaraannya sebanyak 10 kali sebelum tewas kepada Leon Spinks, tujuh bulan kemudian. Pada 1 Julai 1975, Muhammad Ali pernah melakukan aksi perlawanan tinju dengan Joe Bugner di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Ali bersara daripada sukan tinju pada 1981 dengan mencatat rekod 56 kali menang dan lima kali kalah. Perkara yang pasti, beliau yang kini berusia 68 tahun ialah seorang legenda tinju dunia. Beliau ialah Muslim pertama menjadi peninju dunia yang terkenal di seluruh dunia. Anaknya, Laila Ali meneruskan kerjaya bapanya dan menjadi peninju wanita Islam pertama.
2. Yusuf Islam – Janji penyanyi rock kepada TuhanPada 1979, Cat Stevens yang kini dikenali sebagai Yusuf Islam berdepan dengan maut apabila kakinya mengalami kekejangan sewaktu mandi di pantai. Terhanyut semakin jauh dari pantai, Cat Stevens penyanyi rock yang dianggap sebagai bapa rock n roll berbisik di dalam hati, jika Tuhan menyelamatkannya, dia akan bekerja untuk Tuhan. Sejurus selepas itu, ombak besar datang dengan tiba-tiba dan menghanyutkannya ke tepi pantai. Beliau cedera dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Semasa berada di hospital, adiknya yang baru balik dari Palestin telah menghadiahkan sebuah buku terjemahan al-Quran. Beliau membacanya dan mendapat hidayah untuk memeluk Islam. Cat Stevens kemudiannya memeluk Islam pada 12 Disember 1979 dan memilih nama Yusuf Islam. Beliau kemudian meninggalkan dunia hiburan dengan alasan industri hiburan tidak terlepas daripada menjadikan seseorang itu ego dan riak. Pada tahun 2007, beliau telah menerima AS$1.5 juta royalti daripada kerjayanya sebagai penyanyi sebelum memeluk Islam. Beliau menggunakan wang itu untuk kerja amal dan kebajikan kepada umat Islam di London, antaranya membuka sekolah agama dan menubuhkan sebuah persatuan sekolah Islam di United Kingdom. Beliau kembali ke dunia muzik untuk konsert amal bagi mengutip derma dengan niat untuk membuat kebajikan kepada umat Islam seluruh dunia.3. Yvonne Ridley – Terpesona dengan al-QuranYvonne Ridley adalah wartawan British yang lantang menghentam Islam menerusi hak kebebasan wanita. Beliau memasuki Afghanistan secara haram dengan memakai burka selepas permohonan visanya ditolak beberapa kali. Beliau menjadi masyhur setelah diculik pihak Taliban kerana mengesyakinya seorang perisik. Salah seorang anggota Taliban yang menahannya menyuruh beliau memeluk Islam tetapi beliau enggan. Sebaliknya, Yvonne berjanji akan membaca al-Quran setelah dia dibebaskan. Beliau bersikap kurang ajar kepada orang yang menahannya termasuklah meludah ke muka mereka. Walaupun begitu Taliban melayannya dengan baik dan menjaga kehormatannya sebagai seorang perempuan. Sehinggakan beliau diberi kunci bilik tahanan supaya boleh menguncinya dari dalam. Setelah dibebaskan beliau menunaikan janjinya untuk membaca al-Quran oleh kerana kagum dengan sikap puak Taliban yang melayannya dengan baik. Terpesona dengan al-Quran sebagai satu-satunya kitab yang mengangkat status wanita, Yvonne memeluk Islam pada 2002 dan menjadi seorang pengkritik yang disegani.4. Daniel Streich – Tidak lagi anti IslamDaniel Streich adalah bekas ahli Swiss People’s Parti (SVP) di Switzerland dan seorang tokoh politik yang terkenal. Kemasyhuran beliau mencapai kemuncaknya apabila mula bergiat menentang Islam termasuk melancarkan kempen mengharamkan pembinaan menara masjid di seluruh Switzerland. Daniel Streich juga giat menyemarakkan sentimen anti Islam di Switzerland. Kempen tersebut menyebabkan beliau diberi penghormatan dengan ditawarkan jawatan tinggi dalam tentera Swiss. Beliau membeli banyak buku berkaitan Islam termasuk al-Quran untuk mencari fakta yang boleh digunakan untuk menghentam Islam. Beliau kemudiannya mendapat hidayah dan memeluk Islam pada bulan November 2009.
5. A R Rahman – Tidak melengahkan solatA R Rahman adalah seorang pengubah lagu terkenal dalam industri perfileman di India. Beliau telah memenangi dua Grammy Award dan dua Academy Award. A R Rahman juga tersenarai sebagai salah seorang daripada 100 orang yang paling berpengaruh di dunia oleh Majalah Time. Pada usia 23 tahun, beliau telah memeluk Islam dan menukar namanya daripada Dileep Kumar kepada A R Rahman. Beliau bukan sahaja terkenal sebagai pengubah lagu, beliau juga sangat disegani sebagai seorang yang sentiasa menjaga waktu solatnya. Walaupun diasak dengan kesibukan industri hiburan, beliau akan mengerjakan solat sebaik sahaja masuk waktu tanpa berlengah walaupun sedang bekerja dan tidak mengira di mana beliau berada.6. Litvinenko – Ejen perisikan Rusia mati dalam IslamAlexander Valterovich Litvinenko adalah pegawai tinggi dalam Badan Perisikan Ketenteraan Rusia (FSB) dan mempunyai hubungan peribadi dengan Presiden Vladimir Putin. Beliau dipecat daripada jawatannya apabila mendedahkan gejala rasuah dalam agensi perisikan tersebut. Pada November 1998, Litvinenko menuduh orang atasannya mengarahkan pembunuhan ahli perniagaan Rusia, Oligarch Boris Berezovsky. Litvinenko kemudiannya ditahan atas tuduhan melangkaui pegawai atasannya pada tahun 1999. Percubaan untuk menyeret Litvinenko ke penjara gagal sebanyak dua kali apabila beliau didapati tidak bersalah oleh mahkamah. Litvinenko melarikan diri ke United Kingdom sebelum percubaan ketiga dilakukan. Semasa di London, beliau menulis dua buah buku berkaitan kekejaman Agensi Perisikan Rusia dan beliau juga menuduh Vladimir Putin mengarahkan pembunuhan Anna Politkovskaya, seorang wartawan yang terlibat dalam pendedahan kegiatan agensi itu yang menjadi pembunuh upahan Presiden Rusia. Pada masa yang sama, beliau berasa tidak berpuas hati dengan agama yang dianutinya iaitu Kristian Ortodok. Beliau kemudian memeluk Islam pada November 2006. Mengikut bapanya, Litvinenko menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam sebelum November 2006. Bagaimanapun, Litvinenko mati selepas 10 hari memeluk Islam. Beliau telah diracun oleh ejen KGB dengan bahan radioaktif yang dikenali sebagai Polonium 210. Kesimpulan daripada siasatan kematian beliau adalah kerana permohonan kerajaan Rusia untuk membawanya pulang gagal.7. Min Keller – Mualaf bertaraf ulamaMulanya, Nu Ha Min Keller adalah warga Amerika Syarikat beragama Kristian dan memeluk Islam setelah beliau mengkaji dan mendalami Islam. Sebelum memeluk Islam beliau sentiasa dalam pencarian untuk memilih agama ketuhanan yang benar. Setelah memeluk Islam, Min Keller menjadi penterjemah buku-buku Islam dan pakar dalam bidang perundangan Islam. Terjemahan kitab Umdat al-Salik sebuah kitab pegangan mazhab Syafie dalam bidang syariah boleh dianggap paling masyhur. Reliance of the Traveller adalah kitab perundangan Islam dalam bahasa Eropah yang pertama menerima pengiktirafan daripada Universiti Al-Azhar.8. Dr. Hofmann – Diplomat berjiwa IslamMurad Wilfried Hofmann dilahirkan sebagai seorang Katolik dan memeluk Islam pada tahun 1980. Beliau ialah seorang yang berprofil tinggi dalam kerajaan Jerman. Kemasukannya dalam agama Islam menimbulkan kontroversi memandangkan jawatan yang disandang tidak seiringan dalam doktrin Kristian. Dr. Hofmann bertugas sebagai seorang pegawai tinggi di Jabatan Perkhidmatan Luar Jerman pada 1961 sehingga 1994. Mula bertugas sebagai pakar dalam pertahanan nuklear dan selepas itu menjadi Pengarah Informasi Nato di Brazil. Antara jawatan antarabangsa yang disandangnya ialah Duta Jerman di Algeria dan Maghribi. Beliau sekarang menjadi penaung Pusat Islam di Jerman.9. Sharifuddin – Budak ajaib di AfrikaLahir di Arusha, Tanzania kepada keluarga Katolik yang berbahasa Swahili, Sharifuddin telah menunjukkan ketokohannya semenjak bayi lagi ketika berusia dua bulan. Sharifuddin enggan disusui oleh ibunya. Lebih menakjubkan pada usia empat bulan, beliau boleh membaca ayat al-Quran. Dilaporkan, perkataan pertama yang keluar daripada mulutnya adalah, “Kamu semua bertaubatlah semoga diterima oleh Tuhan” dalam bahasa Arab. Ibu bapanya yang risau dan menganggap anak mereka telah dirasuk jin menanggil paderi Kristian untuk mendoakan anak mereka supaya pulih seperti bayi yang normal. Berita ini telah sampai kepada seorang jiran yang telah datang dan menterjemahkan kata-kata Sharifuddin dalam bahasa Arab. Sejurus selepas itu, ibu bapanya memeluk Islam. Setelah berusia satu tahun, Sharifuddin boleh bertutur dan memberi ceramah dalam bahasa Arab. Setelah umurnya mencecah lima tahun beliau dibawa serata dunia untuk memberi ceramah agama. Pada usia sebegitu muda, beliau boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, Itali, Perancis, Arab dan Swahili dengan baik. Salah seorang peminatnya yang setia ialah Presiden Libya, Muamar Gaddafi. 10. Mike Tyson - Peninju Terkenal Dunia                                                                                                   Beliau memeluk agama Islam pada tahun 1995 dan sejak itu mahu dikenali dengan nama Malik Abdul Aziz. Perjalanan hidupnya sebagai seorang Islam tidak diketahui umum. Malah, menurut laporan lanjut, ada pihak berusaha supaya ia kembali ke agama asal. Sejak memeluk Islam beliau pernah menyatakan bahawa yang paling ditakutinya ialah Allah swt. “Saya takut kepada Allah. Saya tahu saya banyak buat perkara yang jahat dan salah yang kesemua itu melayakkan saya masuk neraka sahaja. Namun saya memohon keampunan daripada-Nya setiap hari.” Beliau mengerjakan umrah pada awal Julai dengan kerjasama Pertubuhan Dakwah Kanada (CDA). Dan dengan itu berada di Tanah Suci selama sebulan. Bagi Tyson 44 tahun, ia kesempatan menemui para pemimpin dan tokoh-tokoh agama serta menziarahi tempat-tempat bersejarah. Gambar-gambar yang diambil dan ada yang dikirim melalui twitter jelas menunjukkan wajah gembiranya di hadapan Kaabah. Ada antara yang mengenalinya mendoakan semoga ia terus teguh iman seperti Bilal. Laporan mengenainya tidak pula disiarkan oleh sesetengah akhbar, majalah dan siaran televisyen dunia Barat yang dahulunya begitu cepat melaporkan segala tindak-tanduknya. Dan tersebut kemudian gelaran Iron Mike, Kid Dynamite, Baddest Man in the Planet. Mendahuluinya ke tanah suci ialah tokoh tinju dunia Mohammad Ali dan Malcolm X (1925-1965) Haji Malik al-Shabazz, pejuang nasib warga kulit hitam ketika berlakunya diskriminasi antara kaum secara berleluasa.11. Malcom X - Pendakwah Islam Kulit Hitam AmerikaMALCOLM X atau nama Islamnya, El-Hajj Malik El-Shabazz merupakan tokoh penting ketika era Hak Asasi Awam di Amerika Syarikat (AS). Ketegasannya dalam menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat kulit hitam mengundang ketakutan kepada kumpulan majoriti kulit putih di seluruh AS. Bagaimanapun, Malcolm mula berlembut sedikit dengan masyarakat kulit putih sejurus meninggalkan pergerakan Nation of Islam yang menyebarkan ajaran sesat kepada etnik kulit hitam. Dalam pertengahan Februari, 1965, Malcolm ditembak mati sewaktu majlis ucapannya dibom dipercayai perbuatan ahli pergerakan Nation of Islam. Namun, sehingga ke hari ini Malcolm X masih hidup menerusi buku autobiografi yang menceritakan perihal idea-idea yang disebarkan dan keghairahannya untuk memperjuangkan Islam yang sebenar selain misinya untuk mengeluarkan masyarakat kulit hitam daripada cengkaman perhambaan. Dipenjara- Malcolm pernah dihukum penjara selama 10 tahun sewaktu berusia 20 tahun dalam Januari 1946 kerana kesalahan memecah masuk, membawa senjata api dan merompak. Anak muda berdarah panas dan masih lagi mencari arah tujuan hidup itu turut digelar ‘syaitan’ kerana sering membantah tuhan serta Bible sewaktu di Penjara Negeri Charlestown. Pada 1948, keluarga Malcolm memeluk Islam dan saudara lelakinya, Reginald telah menghantar sepucuk surat kepadanya meminta adiknya itu menyertai pergerakan Naton of Islam. Susulan itu, Malcolm mula mempelajari ajaran Islam diperkenalkan oleh seorang pengasas gerakan Islam Afrika-Amerika, Nation of Islam, Elijah Muhammad. Kakak tirinya, Ella turut membantu memindahkannya ke koloni penjara berkawalan rendah di Norfolk, Massachusetts di mana Malcolm dapat menumpukan lebih dalam mendalami ilmu Allah SWT selain mendekati sejarah serta falsafah Nation of Islam. Pertama kali Malcolm mengenali Muhammad ialah semasa berada di penjara di mana beliau mengutus surat kepada pemimpin setiap hari. Selepas dibebaskan daripada tahanan parol pada 7 Ogos, 1952, Malcolm memutuskan untuk menambah baik nilai dirinya dengan membeli beg bimbit, sepasang cermin mata dan seutas jam tangan. Bertemu jalan IslamSetelah bebas daripada hukuman penjara selama lebih lapan tahun, Malcolm mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Muhammad di Chicago. Di situlah, beliau menerima gelaran sebagai Malcolm X yang bermaksud penolakan terhadap nama perhambaannya. “’X’ adalah simbol menunjukkan betapa aslinya nama keluarga Afrika itu yang tidak mungkin semua orang tahu.Bagi saya, ‘X’ menggantikan nama dan gelaran yang diberikan oleh tuan berkulit putih iaitu ‘Little’ yang mana nam itu sendiri pernah digunakan oleh beberapa lelaki kulit putih bermata biru dan pernah menyusahkan nenek moyang saya,” kata Malcolm.  Pada 1953, beliau dilantik sebagai pembantu menteri Islam di bawah pimpinan Muhammad.Namun, ajaran Muhammad turut menyumbang pandangan bersikap rasis sehingga Malcolm berubah menjadi terlalu keras terhadap perbezaan kasta serta berpendapat bahawa golongan kulit putih adalah iblis. Malah beliau, meletakkan Muhammad sebagai individu paling terhormat susulan penerapan bahawa lelaki itu adalah utusan Allah SWT.Bagaimanapun, Malcolm masih tidak sedar bahawa ajaran yang dibawa Muhammad terpesong dengan Islam sebenar selepas membezakan kehormatan dan hinanya seseorang itu berdasarkan kasta serta mengangkat Muhammad sebagai perutusan tuhan walaupun hakikatnya tiada lagi perutusan Allah SWT iaitu manusia bergelar nabi sesudah wafatnya Nabi Muhammad SAW. Sepanjang perjuangannya memperluaskan gerakan Nation of Islam, Malcolm kerap mendengar khabar angin mengenai hubungan skandal Muhammad bersama beberapa setiausahanya. Mengikut dasar gerakan, aktiviti mungkar seperti berzina amat ditegah dan Malcolm sama sekali tidak percaya dengan gosip tersebut. Namun, panas tidak sampai ke petang apabila akhirnya Muhammad mengakui kebenaran gosip itu.Pada 1963, sejurus menamatkan khutbahnya, Malcolm diminta mengulas mengenai isu pembunuhan Presiden AS, Jonh F. Kennedy. Dengan sinis, beliau berkata, ini adalah kes ‘ayam pulang ke reban’ yang menyamai kegagalan menangani keganasan oleh Kennedy dan akhirnya memakan dirinya sendiri. Bagaimanapun, komen itu mendapat reaksi negatif daripada jutaan rakyat AS yang amat sayangkan Kennedy dan memaksa gerakan Nation of Islam mengenakan hukuman kepada Malcolm. Akibatnya, Malcolm diharamkan memberi khutbah selama enam bulan. Kepalsuan Nation of Islam- Dalam 1964, Malcolm mengumumkan perpisahan dengan Nation of Islam dan menubuhkan gerakan sendiri iaitu Muslim Mousque. Inc. Pada musin bunga 1964, Malcolm berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa JFK ke Arab Saudi bagi menunaikan ibadah Haji di kota Makkah. Menurut Malcolm, sepanjang perjalanan ke Makkah, beliau seperti bangun dari mimpi dan ibadah Haji mengubah corak kehidupannya menjadi seorang Islam sebenar dan bukannya pengikut telunjuk Elijah Muhammad.“Sejurus menjejakkan kaki ke Baitullah, Allah SWT memberi petunjuk kepada saya dan mengubah kepercayaan terhadap sekatan perhubungan antara kaum. “Malah saya telah sedar akan kepalsuan Nation of Islam. Perjalanan haji telah membuka pemikiran saya dengan menganugerahkan pandangan baru selama di tanah suci.“Saya melihat hal yang tidak pernah saya lihat selama 39 tahun hidup di Amerika Syarikat di mana semua kasta dan warna kulit bersaudara dan beribadah kepada satu Tuhan tanpa menyekutukanNYA. “Benar pada masa lalu saya bersikap benci pada semua orang kulit putih namun saya tidak merasa bersalah dengan sikap itu lagi kerana sekarang saya tahu bahawa ada orang kulit putih yang ikhlas dan mahu bersaudara dengan bangsa Negro. “Kebenaran Islam telah menunjukkan kepada saya bahawa kebencian membabi buta kepada semua orang putih adalah sikap yang salah seperti halnya jika sikap yang sama dilakukan orang kulit putih terhadap orang Negro,” katanya. Sebaik sahaja pulang ke negaranya, Malcolm terus memeluk agama Islam dan menukarkan namanya kepada El-Hajj Malik El-Shabazz dan menubuhkan Organisasi Persatuan Afro-Amerika Organization of Afro-American Unity.Di sana beliau berkhutbah mengenai toleransi terhadap bangsa lain dan juga nasionalisme kulit hitam.










No comments:

Post a Comment