Memohon doa kepada Allah swt dengan penuh khusyuk, mengharapkan kebaikan dunia dan kebaikan akhirat sedang sepanjang hayatnya apa yang dipohon dengan apa yang dilakukan adalah bertentangan…Apakah ini yang dinamakan tawakal?
Berdasarkan sebuah buku, “Penawar Bagi Hati”, karya Abdul Aziz Ismail, keluaran Pustaka Azhar:: iaitu sebuah peristiwa yang terjadi di zaman Khalifah Umar al-Khatab.
Rombongan sahabat yang menuju ke Syria mendengar berita tentang wabak taun yang merebak di sana. Dalam rombongan itu timbul dua pendapat. Sebahagiannya ingin meneruskan perjalanan dan sebahagian lagi ingin pulang. Khalifah Umar memutuskan pulang. Tetapi timbul pertanyaan yang menentang. “Apakah anda melarikan diri dari takdir Allah?” Umar menjawab, “Ya, lari dari takdir Tuhan kepada takdir Tuhan juga.” Diberikan perbandingan jika mempunyai pilihan dimana tersedia dua lapangan, yang satu kering dan yang lainnya subur,tentu sahaja lebih baik memilih lapangan yang subur. Hal ini menunjukkan bhwa ikhtiar menghindari penyakit perlu dilakukan dan bertawakal kpd ALLAH swt.
Pendapat Khalifah Umar diperkuatkn dengan sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Apabila kamu mendengar penyakit berjangkit di suatu negeri, maka janganlah kamu pergi ke tempat itu. Dan kalau kamu sedang berada dalam negeri itu, maka janganlah kamu keluar dari negeri itu, kerana hendak melarikan diri.” (hadis riwayat Bukhari)
Dlm hubungan ini, Rasulullah saw ada mengajar sebuah doa yang berbunyi:
“Ya Allah, aku menyerahkan diri kepada-Mu dan aku menyerahkan urusanku kepeda-Mu dan aku menyerahkan kekuatanku kepada-Mu kerana takut dan cinta pada-Mu. Tidak ada tempat berlindung , tidak ada tempat untuk lari daripada-Mu melainkan kepada-Mu. Aku percaya kepada kitab yang Engkau turunkan kapada Nabi yang Engkau utuskan.” (hadis riwayat Bukhari)
Allah s.w.t berfirman:-
“Siapa yang bertawakal kepada Allah, maka Dia yang pencukupkannya” [65:3]
“Dan bertawakallah kepada Allah. Cukuplah Allah sebagai pelindung” [04:81]
“Sesungguhnya Allah itu menyintai orang-orang yang bertawakal” [03:159]
“Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia jadikan baginya jalan keluar (dari kesulitan) dan akan diberikan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka kerana barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Dia menjadi pencukupnya. Sesungguhnya Allah itu lurus urusannya dan sesungguhnya Allah itu telah ada ketentuan bagi tiap2 sesuatu” [65:2-3]
Oleh itu, marilah kita sentiasa bertawakal dalam apa saja perkara, mahupun yang remeh. Tetapi perlulah kita berusaha terlebih dahulu sebelum kita bertawakal kepada Allah…
“Telah datang kepada Rasulullah s.a.w seorang lelaki yang hendak meninggalkan unta yang ditungganginya terlepas begitu sahaja di pintu masjid, tanpa ditambat terlebih dahulu. Dia bertanya, “Ya Rasulullah, apakah unta perlu saya tambat terlebih dahulu kemudian saya tawakal atau saya lepaskan saja begitu dan sesudah itu saya bertawakal?” Rasulullah menjawab, ” Tambatkan terlebih dahulu dan kemudian bertawalallah kamu!” (hadis riwayat At-Tirmidzi)
No comments:
Post a Comment