Thursday, 12 April 2012

MEKAH DI SERANG 1979!!

Juhayman bin Muhammad bin Saif al-Hafi al-U’taibi (16 September 1936 - 9 Januari 1980) dilahirkan pada 16 September 1936 M bersamaan 1 Rejab 1355 H. Beliau adalah merupakan seorang pegawai yang menjawat di bahagian Pengawal Kebangsaan Saudi selama lapan tahun. Beliau pernah mempelajari falsafah agama di Universiti Ummul Qurra, Mekah al-Mukarramah. Kemudian beliau berpindah melanjutkan pengajiannya ke Universiti Islam di Madinah. Sewaktu berada di Madinah, beliau bertemu Muhammad bin Abdullah Al-Qahtani, iaitu anak murid kepada Syeikh Abdul Aziz bin Baz [1]. Setelah pertemuan itu, Juhayman telah mengahwinkan adik perempuannya dengan Muhammad al-Qahtani untuk memulakan insiden rampasan Masjidil Haram di Mekah pada bulan Muharram 1400 hijrah.



Awal Muharram 1400 Hijrah

Umat Islam mempercayai kedatangan Mujaddid agama (Tokoh Pembaharuan) pada setiap pangkal seratus tahun berdasarkan sabda Nabi saw, “Allah s.w.t. akan mengutus seorang Mujaddid pada setiap pangkal seratus tahun untuk mengemas kini urusan agama umatnya”. Begitu juga sebahagian umat Islam mempercayai kehadiran imam Mahdi al-Muntazar ini adalah seperti yang dinyatakan sifatnya bahawa beliau datang daripada silsilah keluarga nabi Muhammad s.a.w, begitu juga namanya “Muhammad" serta ayahnya juga sama seperti nama ayahanda baginda nabi Muhammad s.a.w. Perkara ini menjadi satu perselisihan para ulama untuk menentukan sama ada nama ayahnya adalah Abdullah atau Ibrahim. Untuk itu, bermulanya titik pergerakan perjalanan imam Mahdi ini adalah dari Masjidil Haram kemudian menuju ke Iraq.


‘Keserasian tujuan’ adalah menjadi pelengkap perancangannya dari sudut pandangan Juhayman di samping kemunculan tahun hijrah yang baru, dengan kehadiran adik iparnya yang dikenali sebagai "Muhammad bin Abdullah". Dengan alasan "kerosakan" dan "terlepas" dari jalan yang benar inilah, sedikit pun beliau tidak menghiraukan kemuliaan rumah Allah s.w.t. bagi merealisasikan rencananya untuk melantik Muhammad bin Abdullah al-Qahtani sebagai imam "Mahdi al-Muntazar". Bermulanya insiden ini adalah selepas solat subuh pada bulan Muharram 1400 H, bersamaan 20 November 1979. Di mana, Juhayman bersama kelompoknya memasuki ke ruang Masjidil Haram di Mekah kononnya ingin melaksanakan solat jenazah dengan membawa peti keranda sebaik saja selepas menunaikan solat subuh. Setelah selesai solat subuh, Juhayman dan adik iparnya berdiri dihadapan jemaah Masjidil Haram untuk mengumumkan kepada orang ramai tentang berita mengenai kemunculan ‘Mahdi al-Muntazar’ dan pelariannya daripada "musuh Allah" serta perlindungannya di Masjidil Haram. Lantas Juhayman memperkenalkan 'Muhammad bin Abdullah Al-Qahtani' sebagai 'Mahdi al-Muntazar' serta orang yang bertanggungjawab memperbaharui agama ini. Kejadian ini berlaku pada hari pertama awal tahun baru hijrah.




Juhayman dan pengikutnya berjanji setia kepada "Imam Mahdi" Muhammad bin Abdullah Al-Qahtani di samping meminta jemaah berkerumun untuk mengangkat janji setia padanya. Di mana, pintu-pintu Masjidil Haram ditutup dan jemaah terkepung di dalam Masjid. Diceritakan oleh beberapa orang saksi, bahawa pengikut Juhayman ini terdiri daripada penembak tepat yang berjaya menembak pasukan tentera Saudi yang berada di tiang menara. Kelihatan di persekitaran Mekah, cerobong asap yang jelas kesan dari berbalas tembakan antara tentera dan pengikut Juhayman di dalam Masjidil Haram. Dan kenyataan lain yang memberitahu, ada jemaah yang tinggal di Masjidil Haram selama 3 hari. Kemudian mereka diserahkan kepada Juhayman untuk menemani wanita dan anak-anak mereka di samping keadaan tahanan di dalam masjid berada dalam keadaan baik. Dinyatakan, bahawa tentera Saudi menggunakan air dan elektrik untuk melumpuhkan gerakan mereka sehingga pasukan tentera dapat memasuki ke Masjidil Haram dan membebaskannya daripada penaklukkan pemberontak Juhayman serta pengikutnya. Setelah itu, ramai daripada pengikut Juhayman yang gugur di dalam pertempuran tersebut, termasuk Muhammad al-Qahtani.


Pembebasan masjid dan penangkapan Juhayman

Pasukan pertama yang cuba untuk membersihkan Baitullah al-Haram al-Sharif daripada kumpulan pemberontak Juhayman pada waktu itu ialah Pasukan Keselamatan Dalam Negeri dan mereka gagal melakukannya, kesannya lebih daripada 60 orang tentera gugur dalam pertempuran tersebut. Setelah meminta bantuan daripada pihak Pasukan Pengawal Kebangsaan yang memiliki kapal perang dan senjata mesin serta gas beracun, usaha untuk menangkap Juhayman juga tetap gagal. Dinyatakan juga, setelah kekecewaan oleh Pasukan Pengawal Kebangsaan gagal untuk menangkap Juhayman dan pengikutnya, mereka meminta pula bantuan daripada pasukan tentera Perancis. Bertubi-tubi serangan yang dikenakan oleh pihak tentera kepada kumpulan Juhayman yang bersembunyi di menara masjid. Selepas itu, serangan dilancarkan pula ke permukaan lantai Masjidil Haram setelah mereka bersembunyi di bawah tanah. Setelah Masjidil Haram dipecah masuk, puak pelampau Juhayman telah melarikan diri dan bersembunyi pula di telaga Zamzam.

Setelah berakhirnya pertempuran, mereka diadili di Mahkamah Kecemasan. Dan mahkamah menjatuhkan hukuman pemenggalan kepala ke atas 61 orang anggota kumpulan ini. Dan Juhayman pula adalah daripada senarai orang yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Menurut beberapa laporan, bahawa pihak berkuasa di Masjidil Haram di Mekah menghalang jemaah yang menunaikan solat dari berdoa di sana selama 15 hari.

No comments:

Post a Comment